Seram!! Terakam Entiti Jembalang Sewaktu Retual Penarikan Duit

Seram!! Terakam Entiti Jembalang Sewaktu Retual Penarikan Duit
Jembalang tanah adalah sejenis makhluk halus yang hidup bebas dan tidak dipelihara oleh manusia. Tetapi jembalang tanah boleh dipelihara apabila sejenis mentera dibacakan dan dihidangkan makanan.

Upacara ini biasanya dilakukan di kawasan hutan atau busut yang terbiar.

Penerokaan tanah hutan pada masa dahulu adalah satu tugas yang berat, di mana peneroka terpaksa tinggal selama berbulan-bulan bagi menebang dan membersihkan kawasan hutan. Pada ketika itu, mereka terdedah kepada serangah haiwan buas, bahaya ditimpa pokok, penyakit, dan bahaya-bahaya lain. Dengan mempersembah acak kepada jembalang tanah, mereka merasakan mereka berhak meneroka kawasan tersebut dan akan dijauhi daripada bahawa-bahawa diatas. Malah mungkin mereka mnerasakan jembalang tanah pula akan melindungi keselamatan mereka sebagai balasan acak tersebut. Dengan itu mereka lebih yakin untuk meneruskan pembukaan tanah baru tersebut.

P

Pandangan Islam Tentang Kewujudan Makhluk Halus (Hantu, Jembalang, Toyol, dll..)

Soalan:
Saya pernah mendengar pertengkaran yang hebat di antara seorang yang berpendidikan tinggi dari barat dengan seorang yang berpendidikan agama mengenai kepercayaan kewujudan makhluk halus seperti hantu, jembalang, toyol dan sebagainya. Adakah makhluk ini benar-benar wujud? Masing-masing menegakkan hujah namun tidak ada penyelesaiannya. Apakah pandangan dan komen Ustaz mengenai perkara ini?

Jawapan:
Persoalan yang saudara kemukakan ini sememangnya berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini yang kebanyakannya berpegang kepada ilmu pengetahuan sains moden yang berorientasikan logik akal bahawa sesuatu itu wujud jika ia dapat dilihat atau dirasai. Jika tidak, bagi mereka sesuatu itu tidak wujud.
Persoalan ini merujuk kepada penggunaan istilah sama ada hantu jembalang, toyol atau sebagainya. Saya cuba melihat perkara ini dengan lebih halus. Dalam Kamus Dewan, makhluk halus diertikan sebagai hantu, bunian, jembalang, pontianak, langsuir, palesit yang merupakan roh jahat yang merasuk dan melakukan pelbagai kemudaratan kepada manusia.

Semua istilah ini terkenal dalam budaya masyarakat Melayu. Bagi masyarakat lain seperti Arab, mereka menggunakan istilah seperti al-Jinn, jinni, jinnah , syaitan, iblis, Ifrit dan sebagainya.
Dalam kamus Arab yang terkenal seperti al-Munjid, Lisan al-Arab, Mukhtar al-Sihah dan lain-lain menyatakan erti bagi isitilah yang disebutkan di atas bermaksud, roh-roh kotor atau jahat yang melakukan kejahatan secara tersembunyi dan menakutkan anak-anak Adam dengan pelbagai cara.
Kedua-dua Kamus Dewan dan Arab ini merujuk kepada istilah yang sama. Nama-nama makhluk halus yang terkenal dalam masyarakat Melayu tersebut sama dengan nama-nama yang disebut oleh masyarakat Arab, iaitu suatu makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar, atau hanya boleh dilihat dalam keadaan tertentu sahaja.

Sekiranya kita merujuk kepada al-Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW, kita akan menemui istilah yang sama. Al-Quran menyebut syaitan atau syayatiin, jin atau jinnah, qarin, iblis , ifrit dan sebagainya. Dalam hadis yang sahih kita akan berjumpa dengan istilah Ummu Sibyan, Khanzab, Aamir, `Ammar, Alwalahan, Mukhannas dan Mukhannathuun. Semua istilah ini sama ada dalam al-Quran dan hadis merujuk kepada wujudnya makhluk-makhluk halus ataupun roh-roh jahat yang mengganggu manusia dengan pelbagai cara.

Disebutkan juga dalam hadis yang sahih bahawa Rasulullah SAW telah bertemu dengan masyarakat jin untuk menjelaskan ayat-ayat al-Quran. Hadis daripada Ibnu Abi Hatim yang diriwayatkan daripada Mujahid menceritakan Nabi SAW telah bertemu dengan masyarakat jin untuk berdakwah.

Kesimpulannya, makhluk halus itu memang wujud dan wajib dipercayai. Pada pandangan saya, yang membezakan hanyalah pada istilah atau terjemahannya sahaja sedangkan kesemuanya adalah makhluk yang sama.

Sama ada hantu, jembalang, jin tanah, palesit, bunian dan sebagainya ialah makhluk halus yang wajib dipercayai kewujudannya sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran. Tidak mempercayai ayat al-Quran boleh membawa kepada kerosakan aqidah.- Ust. Elias

0 ulasan: